Thursday, May 28, 2009

PeNdATaNG DI TeMpAt sENdIrI

Aku masih seorang pendatang di tempat sendiri.Telah ku kira stelah lebih 50tahun ku akan diterima sebagai wargakota tetapi aku masih silap. Aku masih digelar pendatang, didiskriminasi, diabaikan dan kemahuanku ditolak.Walau dari mana aspek pun aku digelar pendatang. Hati ini tidak mengerti mengapa keadaan ini masih berlaku sedangkan kotaraya ini juga berkembang dengan usaha dari diriku ini, dari bangsa aku sendiri. Pengorbanan saudaraku di kawasan estet masih ada. Jika tiada mereka siapa lagi akan bertungkus lumus disana. Ingin mengubah taraf hidup yang ternyata dari hari ke hari makin suram.

Walau sekeras mana aku berusaha aku masih ditakuk lama tanpa sebarang perubahan yang nyata. Disana sini saudaraku dan diri ini sendiri dipandang hina, dicerca dan yang paling meyedihkan disuap dengan dusta oleh segelintir jelmaan Hitler dibumi bertuah ini. Aku tidak mengerti dimana silapnya diri ini. Telah ku puas mengkaji telah puas ku meneliti...................
Baru aku sedar semuanya berpunca dari bangsaku jua. Bagsa yang masih gemarkan suapan dari bangsa lain, bangsa yang masih ingin megemis dari pihak atasan ,bangsa yang hanya membuat kerja ibarat hangat hangat tahi ayam.

Aku musykil dengan keadaan ini sedangkan bangsa rakan seperjuangan aku sekarang telah berjaya menegakkan hak mereka. Menjadi pendominasi kosmopolitan ini. Mengapa tidak bangsa ku melakukannya. Segalanya berpunca dari bangsa ku jua. Malah diriku jua tidak terkecuali. Semenjak dulu bangsaku bersifat lebih stereotaip. Gah dengan dunia sendiri tidak mengutamakan daya bersaing. Jadi masih ketinggalan. Diriku sedar terdapat banyak NGO atau kumpulan persendirian yang ingin membantu,dikala itu kita menerima sahaja.dimana akal yang dikurniakan oleh tuhan dimana terletaknya daya kelogikkan diri ini.

Semuanya dijadikan kertas pembungkus nasi lemak. Lupakah kita , lupakah diri ini bahawa tiada yang percuma pada era kosmopolitan ini.lupakah diri ini??? Masih butakah aku! Tidak sedarkah aku segala kumpulan ini hanya memberi bantuan dengan mempunyai perkiraan tersendiri, penyebaran fahaman mereka. Fahaman yang akhirnya akan memecah belahkan keluarga ku, yang akan merobek kewarasan bangsaku.Tetapi apa yang boleh dibuat aku dan saudara saudaraku masih bersifat tipikal, bersikap kebudak budakan. Hidup dalam alam khayalan menunggu jelmaan KALKI membantu umatku. Tidak sedarkah lagi diriku ini dengan jelmaan dasar Apartheid di kota ini.

Tidak sedar lagikah bangsaku dengan pengubahan kategori mereka kepada LAIN-LAIN. Atau mereka masih dialam yang tersendiri. Tenggelam dengan janji-janji sudaraku yang sebenarnya bersikap mementingkan diri dan memusnahkan bangsa sendiri.Mengisi periuk nasi sendiri!!!!!
puih...... warga keparat perosak bangsa. Ingin diri ini membunuh mereka ibarat kes BLACK DAHLIA. biar mereka merasa kepedihan saudaraku yang tertindas.Walaupun sekarang bangsaku mula keluar dari kepompong lama tetapi masih dipengaruhi kepentingan satu satu pihak bukan umat keseluruhannya. Makin aku memberontak makin aku dipijak.maikn aku dijerumuskan ke alam kegelapan oleh saudaraku sendiri.

Pemberontakkan yang tiada penghujung yang membawa kepada kemusnahan bangsa sendiri. Pemberontak yang korup dan penhisap darah bangsa sendiri. Lebih berbahaya dari virus selsema babi yang berevolusi. Diri ini merasakan tidak gna juga aku terus mengarut mluah perasaan kerana aku dapat jamin akan ada ramai saudaraku sendiri yang akan tertawakan aku.
Mengutuk perasaan aku.Biarlah bukan sekarang aku dilayan sedemikan sedangkan bangsaku pun sudah nazak.ini bukanlah pekara baru bagi aku hidup dalam bangsa yang memakan saudara sendiri yang hidup sebagai bodoh sombong. Bertindak bagi lembu dicucuk hidung.
Biarlah mereka alpa di kota 'BOLEH' ini tenggelam dengan janji HITLER yang baru.





4 comments:

  1. indians reading tis shud be able to see wat de reality is whether or not they wanna accept it. personally n practically there's NO way to succeed other than working our plans by ourselves. if tat's in de case, must we be really going around asking for more from "them" who treat us indifferently? Hell, NO!
    our ancestors came here wt de sole hope of making money n building a better life 4 them n they did tis wtout expecting help from "others." if tat's in our blood, y must we wait to be fed? tat's so unnecessary.
    enough of energy wasted in asking for more n more, let's reserve some energy to work hard 4 de betterment of our lives. it's better to face the change rather than changing the face.

    ReplyDelete
  2. Ye la cik deniel. aku tak tulis benda yang boleh menimbulkan provokasi pun. blog ini diwujudkan untuk merevolusikan warga india yang tertinggal jauh kebelakang.

    ReplyDelete
  3. aku setuju betul...tkde sape yg leh menyangkal hakikat ni..walaupun bkn sbb utama,namun sikap dan perangai bangsa kita yg kekadang memang tk betul, turut menjadi pemangkin kpd masalah ni...sendiri tk betul tuding jari kt org len plk..aku tk ckp sume mcm tu ye.sape mkn cili terasa la pedasnya...betulkan diri sendiri sblm nk betulkan dunia...dan pikir masak2 sblm buat apape..karang dh kena,nangis sendiri lak...n pls la..out ter..senantiasa peka tentang ape yg berlaku kt luar tu...buatlah apape yg ptt ye..tkleh nk ckp byk..pandai2 la..

    ReplyDelete

Blogger Templates by Blog Forum